Welcome

Delete this widget from your Dashboard and add your own words. This is just an example!

Ikan Paus Terdampar Di Kuala Penyu 2012

Thursday 2 August 2012

KUALA PENYU (Selasa, 2hb Ogos 2012): Usaha sedang dijalankan bagi membebaskan ikan paus sepanjang lebih kurang 52 kaki dan berat 10 tan yang terdampar dekat Kuala Penyu di pantai barat Sabah, kira-kira 149 kilometer dari Kota Kinabalu.

Ikan paus itu daripada spesis Baleen, terdampar di pantai yang dikenali sebagai “hujung sungai” atau Kuala Sungai Sitompok kira-kira satu kilometer dari pekan Kuala Penyu.


Antara beberapa gambar paus tersebut (photos credited to Esmar A. Hamid Kenoh)
Dan berita terkini yang diperolehi ikan paus tesebut sudah mati pada 7.55 pm dengan kesan torehan pada siripnya... Aduhhh... :(


Sebelum ini pada tahun 2006, seekor ikan paus spesis ‘Bryde’ sepanjang 20 meter terdampar di Pulau Gaya berdekatan dengan bandar di sini. Ia telah diselamatkan tetapi kemudiannya mati.
Pada Februari 2012, seekor ikan paus spesis Baleen sepanjang 12 meter ditemui mati di laut dekat Pulau Mengalum kira-kira 40 batu nautika dari bandar di sini.

*poor this baby whale... :(





2 comments:

Nama aku Ijan said...

Kesian. Huhuhu.

Y i cant follow u ar? Ermmm.

Unknown said...

me also cannot follow u :(

Post a Comment