Kuih Talam Suji |
Resepi Kuih Talam Suji
LAPISAN BAWAH
140gm tepung suji
20gm tepung gandum
2 biji telur
120gm gula kastor
700ml santan cair (untuk ni sa beli 1 liter santan pekat dlm kotak, then bahagikan kpd 2 bekas > 300ml santan pekat + 400ml air utk lapisan bawah, 700ml lebihan santan dlm kotak sa guna utk lapisan atas)
1/2 tsp garam
Pewarna 'kuning telur'
LAPISAN ATAS
700ml santan pekat (yg lebihan tadi tu..)
2 biji telur
1 tsp esen vanilla
1/2 tsp garam
150gm tepung gandum
60gm gula kastor
120gm gula tebu perang (rasanya terlalu manis, jadi sa dah kurangkan kepada sukatan ni)
(atau kalau mo guna gula melaka pun boleh 180gm - dipotong kecil dahulu supaya senang larut)
CARANYA
Lapisan bawah
1.Campurkan kesemua bahan dlm periuk, kacau hingga sebati atas api yg kecil (dlm 5-8 minit)
2.Masukkan ke dlm loyang yg telah digris dan kukus selama 15-18 minit.
Lapisan Atas
3. Ulang langkah 1 dan tuangkan ke atas lapisan bawah tadi.
4. Kukus selama 20-25 minit.
5. Rehatkan selama 30 minit sebelum potong supaya nampak lebih cantik dan teratur.
Ba selamat mencuba.. :))